Wednesday , February 19 2020
Home / Dunia Artis / Saksi: Shahrizal Jaszle hanya memakai boxer ketika diserbu

Saksi: Shahrizal Jaszle hanya memakai boxer ketika diserbu

Liputan kes khalwat Shahrizal Jaszle dengan seorang pegawai bank, Farah Nurizzati Salleh kembali selepas perbicaraan mereka dijalankan semalam.

Menurut saksi, seorang Pegawai Penguatkuasa Agama, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memberitahu mahkamah bahawa beliau melihat pelakon Shahrizal Jaszle hanya memakai boxer ketika serbuan dilakukan di apartment di Taman Sri Subang pada 16 Mei 2013.

Katanya lagi, ketika itu seorang wanita berbaju T dan berseluar pendek kelihatan terpinga-pinga ketika membuka pintu yang diserbu beliau.

Apa yang menarik, saksi menjelaskan bahawa tertuduh mengaku wanita tersebut ialah teman wanitanya dan mempunyai ikatan sah sebagai suami isteri.

Sebagai nota, Shahrizal dan Farah telah ditahan atas tuduhan khalwat di Apartment Taman Sri Subang kira-kira jam 3.30 pagi oleh unit penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hasil aduan orang ramai.

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Isu Nabila Huda peluk anjing baka Husky di New Zealand

Baru-baru ini kecoh apabila berlaku di Instagram milik artis Nabila Huda di mana dia memuat ...

counter statistics