Akhbar Utusan hari ini memaklumkan bahawa Sari Yanti dan suaminya Mohd Edy Casmadi Che Hussain telah bercerai secara tebus talak di Mahkamah Syariah Seremban.

Peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili suami pelakon tersebut memberitahu bahawa tebus talak telah dibayar oleh Sari Yanti kepada suaminya. Perbicaraan kes akan bersambung 9 Febuari tahun depan jika tiada penyelesaian antara pasangan itu.