scha-fahrin

Kami baru saja kenal rapat dan sudah bersama hampir lima bulan. Sebelum itu saya mengenalinya sebagai rakan pelakon dan pernah digandingkan dalam satu drama yang ditayangkan di RTM.

Masa pertama kali bertemu, saya ingat Fahrin ini seorang lelaki yang ‘kawal kacak’ tetapi apabila mengenalinya dengan lebih dekat ternyata dia berbeza daripada apa yang saya sangkakan. Sepanjang tempoh kami berkawan tidak dinafikan hubungan kami kini sudah di peringkat ‘selesa’.

Bagaimanapun, saya tidak mahu terlalu mengharap dalam perhubungan ini. Biarlah ia berlangsung mengikut keselesaan saya mahupun Fahrin sendiri,” katanya menjelaskan

Sebagai orang baru, saya memerlukan bimbingan. Fahrin banyak membantu bermula memantau apa yang saya gayakan sehinggalah bagaimana hendak menjawab soalan agar nanti tidak disalah tafsir.

Sumber: Terlalu tinggi buat saya (myMetro)