Pelawak terkenal, Shuk SYJ telah selamat mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihan hatinya pada Ahad minggu lalu di Kampung Ulu Sapi, Sandakan, Sabah.

Gambar-gambar perkahwinan ini telah dikongsikan bersama melalui akaun Instagramnya. Agak mengejutkan apabila ada beberapa pihak berkecil hati kerana tidak mendapat undangan ke majlis tersebut.

Namun menurut Shuk, majlis tersebut diadakan secara sederhana dan melibatkan keluarga serta rakan terdekat sahaja.