Yana Samsudin dan Fadzil Zahari selamat dinikah di rumah pengantin perempuan di Yong Peng johor selepas solat Jumaat, petang semalam. Mereka bergelar suami isteri dengan sekali lafaz. Majlis perkahwinan mereka akan diadakan pada hari ini secara besar-besaran di Dataran Gemilang, Yong Peng.