Kontroveri paling hangat di bulan Ramadan telah melanda Syafiq Kyle apabila seorang lelaki merupai Syafiq Kyle sedang melancap di dalam sebuah video yang dikatakan disebar oleh kekasih lamanya, akhirnya dia tampil memberi kenyataan melalui Instagramnya.

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Ini merupakan kenyataan rasmi saya, mengenai isu yang sedang berlegar di laman sosial sejak beberapa hari ini.

1. PENULARAN VIDEO

Syafiq dan pihak pengurusan memandang serius akan perkara ini dan sedang mengenalpasti jalan penyelesaian yang terbaik untuk memastikan perkara ini dapat diselesaikan dengan sebaik-baiknya.

Di samping itu, kami juga sedang bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk memastikan kesulitan yang timbul ini dapat dimuktamadkan dengan segera.

Adalah baik jika perkara ini tidak dipanjangkan lagi selain menghormati bulan Ramadan. Jika ianya masih berpanjangan, kami akan mempertimbangkan tindakan undang-undang.

2. PENULARAN ‘SCREENSHOT’ DM ANTARA SYAFIQ DAN INDIVIDU LAIN

Ini merupakan satu perkara yang tidak betul dan tidak berasas sama sekali yang hanya bertujuan untuk tidak lebih daripada sekadar mahu menangguk di air yang keruh.
Difahamkan, ‘screenshot’ tersebut telah disunting oleh individu yang tidak bertanggungjawab dan profil individu tersbeut juga menggunakan gambar yang dicuri dari pemilik asal, seorang warga Filipina. Sekali lagi, ingin Syafiq tegaskan, perkara ini adalah tidak benar sama sekali.

Untuk semua teman, rakan media, klien dan individu perseorangan, Syafiq ingin menzahirkan sejuta penghargaan terima kasih di atas keperihatinan dan sokongan anda yang tidak berbelah bahagi kepada Syafiq dalam menempuhi ujian ini. Ini merupakan pengajaran terbaik yang hanya akan mematangkan lagi Syafiq di masa hadapan.

Maaf jika teks atau panggilan yang tidak terjawab kerana Syafiq perlu menyelesaikan kesulitan ini dengan amat cermat dan berhati-hati.

Untuk peminat, terima kasih atas sokongan anda, ianya sangat menyenangkan.

Assalamualaikum.
Syafiq Kyle