Saturday , September 19 2020

Selepas berhijab, Mia Sara akui kurang tawaran berlakon (3 Gambar)

0-Mia-Sara-Kurang-Berlakon-MEDIAMALAYA

Adakah dunia lakonan kita dibayangi cara hidup barat? Di Malaysia, bukan sahaja artis wanita yang kurang mendapat tawaran lakonan selepas berhijab tetapi ia turut terkena tempias kepada artis kanak-kanak perempuan yang baru berhijab ini.

Mia mengakui kurang mendapat tawaran lakonan selepas dia mengumumkan untuk berhijab selepas pulang umrah pada Disember tahun lalu.

Dipetik Mia berkata

1-Mia-Sara-Kurang-Berlakon-MEDIAMALAYA

2-Mia-Sara-Kurang-Berlakon-MEDIAMALAYA

Tawaran lakonan semakin kurang dan saya faham mengapa saya tidak diambil berlakon. Tidak mengapa kerana Allah akan memberi rezeki lain kepada saya nanti.

Malah saya sudah bersedia dengan segala kemungkinan yang mungkin berlaku selepas saya membuat keputusan mahu bertudung.

Walaupun kurang tawaran, rezeki saya lebih kepada hasil jualan tudung menerusi label milik saya iaitu MS Couture secara online. Selain itu saya juga dapat memberi fokus penuh pada pelajaran.

Saya bersyukur, perubahan yang saya lakukan ini memberi banyak kebaikan pada diri saya. Kawan-kawan tidak mengganggu atau mengutuk saya lagi. Sebaliknya mereka memuji saya. Malah pada hari pertama saya ke sekolah memakai tudung, saya diserbu kawan-kawan pula.

Pengikut-pengikut di Instagram pun sama. Mereka tidak lagi mengkritik saya sembarangan. Alhamdulillah, saya ambil setiap perkara ini secara positif.

 

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Puteri Aishah positif COVID-19, kini mulai rawatan

Umum ketahui pelakon Puteri Aishah telah disahkan positif COVID-19 selepas pulang menjalani penggambaran di Scotland …

counter statistics