Kedua-dua kumpulan pelawak popular yang diantara bakal merebut kejuaraan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013 ini difahamkan bergaduh sehingga berlaku berselisih faham dan berdepan dengan tekanan hebat di belakang pentas.

Walaubagaimanapun, menurut Shahrol daripada kumpulan Shiro, dakwaan mengatakan mereka bergaduh itu tidak benar namun mengakui tertekan dengan persiapan menyebabkan masing-masing tidak bertegur sapa dan berdiam diri walaupun berselisih.

Jep daripada kumpulan Sepahtu pula menjawab tiada konflik atau perselisihan faham seperti yang digosipkan kerana hubungan mereka akrab seperti biasa.

Hmm biasalah adat pertandingan pasti ada yang kalah dan menang tapi kami rasa ini marketing shit Astro untuk menaikkan lagi rating rancangan MLM2013 ini.