Pelakon popular yang tidak asing, Shaheizy Sam difahamkan terlantar di wad di Hospital Ampang sejak 4 September lalu kerana dijangkiti demam denggi.

Menurut ibunya, keadaannya masih belum stabil. Sejak dia dimasukkan ke wad, Shaheizy tidak berselera makan dan minum. Shaheizy mulai demam semula dan paras platelet dia telah turun, semalam.

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Shaheizy Sam cepat sembuh. Insya-Allah.