Akhirnya tamat sudah episod drama Bollywood percintaan tiga segi antara Shahz Jaszle, bekas tunangnya Redzwani Puteri dan pasangan khalwatnya Farah.

Walaupun keluarga Puteri enggan mengaku bahawa hubungan anaknya dengan Shahz sudah putus, beberapa wartawan dari pihak media telah mendapat maklumat sahih daripada sumber terdekat bahawa perkhabaran itu adalah benar.

Keluarga perempuan membuat keputusan dengan memutuskan pertunangan pada 10 Jun lalu selepas membaca laporan keterangan Shahz di JAIS akibat penangkapan khalwat tersebut.

Namun, walaupun pertunangan telah putus, dilihat Shahz dan Puteri masih rapat seperti yang dikongsi di twitter dan Puteri kerap dilihat di lokasi penggambaran di mana Shahz terlibat.