Shahora-Suami-Damai-MEDIAMALAYA

Dua minggu lepas kami ada paparkan video temubual Sharifah Shahora di Melodi dimana dia telah membuat pendedahan suaminya mempunyai kekasih gelap.

BACA: Video Temubual Sharifah Shahora mengenai suami digoda pihak ketiga

Menurut berita di mStar Online, hubungan mereka masih ada harapan apabila suaminya telah memujuk dengan memberi bunga, menghantar video-video dan meluahkan kata-kata cinta di WhatsApp serta Facebook. Menurut Shahora berkata

Alhamdulillah, dua minggu selepas pendedahan itu, Mukhriz memujuk dengan memberi bunga, menghantar video-video dan meluahkan kata-kata cinta di WhatsApp dan Facebook. Saya nampak usahanya yang mahu perbaiki hubungan ini

Walaupun hati saya masih lagi sakit dengan sikapnya itu, tetapi sebagai seorang isteri yang sudah lama hidup bersama, tambahan pula kami ada anak, saya berfikir panjang dan memperbaiki semula perkahwinan kami