Tahniah kepada pelakon Shazleen Shahbi selepas melahirkan anak kembar pada jam 9 pagi, hari Isnin, 20 Januari 2014 di Pusat Perubatan Gleneagles Intan

Shazleen mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Badrul Hisham Md Isa, pada tahun 2002 dan turut dikurniakan tiga cahaya mata lain iaitu Alham Akhyar, 11, Putri Dulillah, 7, dan Putri Doa, 3 tahun.