Pelakon yang sedang semakin popular, Shukri Yahaya yang memegang watak Dr. Raden Amzar di dalam drama Dia Isteri Luar Biasa telah memberi kenyataan di akhbar Kosmo! bahawa dia sedang merancang untuk bernikah pada penghujung tahun ini.

Shukri kini sedang bercinta dengan gadis pilihan hati bernama Tya Adnan. Mereka sudah mengikati tali pertunangan pada awal tahun 2014.

Dipetik Shukri berkata

Insya-Allah kalau tiada aral melintang, rancangan awal kami adalah untuk bernikah pada penghujung tahun ini tetapi itu masih belum dipastikan lagi. Jika sudah ada tarikh tetap, saya tidak akan sorokkan daripada media

Tya seorang yang memahami tugas saya sebagai pelakon kerana dia dulu juga pernah berlakon, cuma memilih untuk menarik diri dari industri kerana mahu menguruskan perniagaan. Doakan kami dimurahkan rezeki untuk cepat-cepat mendirikan rumah tangga