Wah tajuk menarik dalam Harian Metro hari ini (2 September 2009). Artis wanita “layan” dadah. Baca petikan berikut untuk meneka siapakah artis dangdut tersebut. Any idea? Salah seorang ahli kumpulan dangdut wanita tahun 1997 yang kini sudah join modelling? Penulis akan cuba menyemak majalah ketika tahun itu malam ini, yeah!

AMPANG:Tidak berpuasa dan hisap dadah. Itu pakej lengkap seorang bekas penyanyi wanita berkumpulan yang pernah popular pada sekitar pertengahan 90-an sebelum diberkas polis ketika masih berkeadaan khayal di sebuah rumah di Kampung Pandan di sini, Ahad lalu.

Artis terbabit sebelum ini pernah menganggotai sebuah kumpulan yang terdiri tiga gadis jelita pada 1997 dengan membawa konsep irama dangdut.

Dia mengundurkan diri selepas berlaku perselisihan faham dengan seorang kakitangan syarikat rakaman selain disebabkan menghadapi beberapa masalah peribadi.

Dengan kecantikan wajah yang dimilikinya, artis terbabit beralih arah dan aktif sebagai pelakon dan model sambilan.

Dia sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai tiga anak.