Pelakon yang membintangi drama Teman Lelaki Upahan, Siti Elizad telah berkongsi dengan peminat gambar-gambar sekitar majlis pernikahannya yang telah berlangsung pada 11 Januari lepas.

Dia akui bukan sengaja mahu merahsiakan majlis perkahwinan yang telah berlangsung beberapa bulan lalu. Siti Elizad dan suami, Shamsul Baharin telah dinikahi oleh bapa pengantin perempuan sendiri, Mohd Sharifuddin Baharuddin di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pihak pengantin lelaki telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM777 beserta 7 dulang hantaran dan berbalas 9 dulang oleh pohak perempuan. Namun begitu, wang hantaran masih dirahsiakan.