Melalui temubual Portal Murai bersama Siti Sarah, dia mengakui bukan kali pertama berhijab kerana menghormati bulan Ramadan namun kali ini menjadi liputan media dan mereka bertanyakan perkara ini. Dipetik Siti Sarah berkata

Sebenarnya setiap Ramadan memang saya lebih selesa berhijab bagi menghormati bulan mulia ini. Malah sudah beberapa tahun saya begini. Tak sangka pula tahun ni ada media yang notis dan bertanyakan hal ini

Saya terus terang tak berani dan tak tahu nak cakap dan komen apa tentang imej ini. Ianya memang datang secara semula jadi, bila Ramadan. Jadi saya tak berani nak kata apa bimbang nanti ianya tidak kekal pula bila tamat Ramadan

Lagipun berhijab dan menutup aurat ini satu perkara yang besar bukan setakat bertudung tetapi dalam masa yang sama tidak memakai pakaian yang ketat dan singkat, jadi saya tak mahu ianya jadi perkara yang boleh dibuat main-main