Setelah sekian lama merahsiakan gosip-gosip mengatakan Stacy Angie menganut Islam. akhirnya segalanya terbukti selepas penyanyi tersebut melafazkan kalimah syahadah di majlis lafaz pada petang Isnin, semalam.
Stacy telah hadir ke Jabatan Agama Islam, Johor Bahru ditemani Akim AF dan ibu serta bapa kekasihnya bagi tujuan tersebut. Sehubungan dengan itu, Stacy bersama-sama pihak Astro akan mengadakan satu sidang media pada petang Selasa bagi mengumumkan perkara ini.