Mohamed-Hafiz-Tak-Jadi-MEDIAMALAYA

Sebelum ini beberapa gosip telah timbul apabila Fara Fauzana membuat kenyataan akhbar tentang pembatalan majlis pernikahannya yang akan berlangsung pada 17 September 2016.

BACA: Punca Fara Fauzana batalkan perkahwinan kerana Hafiz suami orang

Antara gosip yang timbul ialah pembatalan pernikahan itu disebabkan Fara Fauzana baru mengetahui bahawa bakal suaminya, Mohamed Hafiz ialah suami orang. Namun perkara itu telah dinafikan oleh Hafiz pada kenyataan akhbar hari ini.

Dipetik Mohamed Hafiz berkata

Status perkahwinan saya bukan alasan pernikahan saya dibatalkan oleh Fara Fauzana. Alasan mengapa perkahwinan itu dibatalkan hanya diketahui oleh Fara. Saya juga ingin menyatakan ada beberapa perkara tidak tepat dan spekulasi yang dilaporkan oleh banyak media cetak dan media atas talian. Pertama, saya tidak menghadiri sidang media (bersama Fara) berdasarkan kepada persetujuan bersama dengan Fara.

Ia dilakukan untuk melindungi privasi saya dan keluarga saya. Satu lagi perkara tidak tepat ialah usia saya. Sebelum ini dilaporkan saya berusia 38 tahun dan ini tidak benar. Saya hanya berusia 30 tahun, tahun ini.

Saya masih lagi cuba menenangkan diri daripada pembatalan perkahwinan saya sendiri. Ia sangat memberi kesan mendalam juga kepada saya.