Friday , December 3 2021

Super Geli: Tikus dalam longgokan sayur di Aeon Big (2 Gambar)

Baru-baru ini kecoh apabila seorang pelanggan telah memuat naik 2 keping gambar di mana terdapat seekor tikus di bawah timbunan sayur broccoli di Aeon Big.

Menurut pelanggan tersebut, dia terkejut apabila melihat seekor tikus di bawah timbunan sayur broccoli lalu merakam dan melaporkan kepada pihak pengurusan. Namun agak mengecewakan kerana pihak pengurusan tidak terkejut dan bertindak pantas serta meminta maaf kepadanya.

Walaubagaimanapun, pihak Aeon Big telah menjawab mengenai isu ini di mana perkara ini masih di dalam siasatan dan pihaknya tidak boleh komen panjang dan sebarang tindakan selanjutnya akan dilakukan oleh pihak pengurusan.

Industri pemakanan di Malaysia sudah semakin tidak cekap, harga semakin naik tetapi pengurusan diabaikan. Hari ini kita dengar berita tikus, semalam kita dengar berita ulat di dalam ayam, esok lusa bagaimana pula.

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Pemandu Grab Malaysia mati dijerut, suspek utama Awang Hitam

Innalillahiwainnailahirojiun… Salam Takziah kepada pemandu grab yang mati dibunuh di Selayang… Dengar kata trip last …