Kekecohan berlaku di Bukit Mertajam apabila orang ramai menemui satu mayat yang telah lengkap dikafankan ditemui di tepi jalan di Bukit Minyak, pagi semalam.

Menurut sumber, mayat tersebut diselimut dengan cadar bercorak bunga warna ungu cair dan diikat di bahagian kepala dan kaki. Mayat itu juga tidak berpakaian, mulut berbuih dan bersunat. Polis mensyaki mayat tersebut berbangsa asing kerana tidak menjumpai sebarang dokumen pengenalan diri.