Jurugambar dari New York, Bob Carey pertama kali mengambil gambar cantik dan pelik beberapa tahun lepas selepas isterinya, Linda disahkan oleh doktor mengidap barah payudara. Menurut Bob, dia ingin membantu isterinya dalam cabaran mengharungi penyakit itu. Dengan harap apabila isterinya menerima rawatan di wad kelak, gambar tersebut akan membuatkan isteri dan wanita bersamanya tertawa.