Pemandu lori ini ditahan polis kerana melakukan kesalahan ketika anggota polis menjalankan “Snap Check” setiap pagi di jalan tersebut. Sambil merekod video, pemandu lori tersebut menyatakan ketidakpuashatinya terhadap snap check yang diadakan setiap pagi malah menuduh anggota polis tersebut menerima rasuah kerana meletakkan barang larangan di belakang lori tersebut.

Namun video tersebut mendapat kritikan oleh netizen yang menontonnya antaranya ialah

TAK SUKA ROADBLOCK. KACAU TUGAS POLISVideo yang diambil sebab tak puas hati @PDRMsia buat roadblock. Mungkin jalan tu milik peribadi si perakam..Dalam video boleh dengar si perakam pertikaikan dan menggangu tugas anggota Polis di situ. “Siapa bagi dia permit buat roadblock dekat sini” ? soal dia..Dia ingat dia bijak? Sebenarnya dia tengah menyerlahkan tahap pemikiran kolot macam tak pernah jumpa roadblock. (ayat sopan). Dan ini sebenarnya bukan roadblock. Tapi di panggil ‘Snap Check’ yang akan dibuat atas arahan atau info-info yang memerlukan mereka buat snap check..Apa ingat Polis suka sangat nak buat roadblock ke? Melainkan ada operasi dan sebab tertentu. Kenapa nak takut pada roadblock? Melainkan kalau kita penjenayah atau pun yang suka langgar undang-undang.Syabas abang Polis kerana sabar dengan karenah mereka yang suka mengacau dan buat provokasi macam ni.Seperti biasa Admin mohon kita jangan bangkit isu ‘racist’ di sini.Sebab sikap biadab macam ni terletak pada individu itu. Bukan bangsa dan agamanya.. TQ Sumber Video: My Nation NewsLike Facebook — Friends Of PDRM**FAKTA: “Menghalang penjawat awam menjalankan tugas adalah satu kesalahan dibawah akta 353 kanun keseksaan. Yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali”

Posted by Friends Of PDRM on Friday, July 3, 2015