Nak LOL pun kami tak pasti sebab kasihan, tapi berita hari ini sangat pelik apabila seorang kakitangan swasta telah membeli tiga telefon bimbit secara online namun bukan telefon bimbit yang diterimanya tetapi BATU LESUNG!

Semua terjadi apabila pembeli tersebut telah melayari sebuah laman web yang tidak dinyatakan, dan tanpa bertanya lebih lanjut terus membelinya kerana tawaran harga yang murah berbanding harga sebenar.

Walau penghantaran tersebut sangat pantas, ia memeranjatkan pembeli tersebut apabila membuka bungkusan dan melihat batu lesung di dalamnya.

Berita lanjut di Harian Metro.