[poll id=”3″]

Hari ini di Harian Metro terdapat satu dialog antara wartawan dari akhbar Metro dengan Syamsul Yusof. Jika di’amati setiap jawapan yang dijawab oleh Syamsul Yusof, ia masih banyak tanda tanya dan dia lebih bersikap simpan untuk diri sendiri dan hanya akan bercerita di balai polis. Tetapi yang menghairankan, kenapa dia mahu menyimpan cerita tersebut sedangkan dia sudah bersedia untuk bersessi dialog bersama wartawan akhbar Harian Metro?

Setiap jawapan yang saya baca hampir sama seperti jalan cerita filem KL Drift yang diarahkannya sebelum ini. Kenapa? Begini, dia memarahi Diana kemudian Diana sudah naik angin dengan sikapnya yang mungkin ‘panas baran’. Diana kemudian membencikannya dan ingin putus, seterusnya Syamsul naik angin dan kemudian mengasari Diana. Selepas bergaduh Syamsul masih cuba menghubungi Diana untuk bertanya khabar. Tidak’kah ia hampir sama dengan watak Syamsul dan Fasha Sendat di’dalam filem arahannya? Ia mungkin kebetulan sahaja. =D

Namun saya keluarkan artikel ini bukan bermakna saya menyebelahi Diana kerana si gadis comel ini masih amat muda dan dia masih diperingkat remaja. Apa yang anda boleh jangka dari seorang gadis remaja yang cantik, cute, comel dan sangat bersosial?