Selamat pengantin baru buat Syanie, 39, selepas sah bergelar isteri kepada Nadi Putera Zainol, 29, dengan sekali lafaz di majlis akad nikah yang berlangsung di Sandy Beach Resort, Langkawi.

Majlis akad disempurnakan oleh ayahnya sendiri, Hisham Abd Rahman, 63, lebih kurang jam 11.27 pagi. Kami doakan semoga perkahwinan itu bahagia sehingga jannah. Amen. Gambar penuh selepas ini.