Kami tak berapa mengikuti kes syarikat jual gelang AC Mizal, tetapi nampaknya selepas 6 rakan artis keluar daripada syarikat tersebut, kini difahamkan syarikat jual gelang magnet ACK sudah tutup dan itu yang dimaklumkan oleh AC Mizal sendiri apabila menerima komplen dari seorang pelanggan produk tersebut.

Malah difahamkan AC Mizal kini giat menyepam wall fanpagenye di laman Facebook dengan produk terbarunya, Collatrim iaitu produk pelansingan badan.

Apakah penipuan ini semua? Apakah nasib mereka yang sudah berhabis berpuluh ribu buat personal loan hanya untuk support perniagaan ini? Apakah nasib Jus Carrot itu sendiri setelah berhabis berpuluh ribu dan menyedari syarikat gelang magnet sudah ditutup?