Hailah, macam-macam gosip kan bila dah mula popular ni. Baru-baru ni selepas insiden gambar Tauke bersama kekasihnya tersebar di blog-blog hiburan, ada antara komen yang dihantar peminat menjelaskan bahawa Tauke sebenarnya sudah berkahwin! Ada pula yang memberitahu dia kini sudah bergelar duda anak enam. Yang mana betul hanya Tauke saje boleh jelaskan.

Yang lebih menariknya, Tauke dituduh seorang yang garang dengan isterinya dan malah isterinya tahu mengenai hubungan skandal Tauke dengan kekasihnya. Menurut web ManggaOnline pula, Tauke dan isteri masih bersama dan mereka masih tinggal sebumbung di rumah mereka di Sentul.