Selepas isu membuka hijab, Uqasha Senrose sekali lagi menghangatkan dunia hiburan apabila kerap memuat naik gambar bersama lelaki yang dikenali sebagai Tengku Bakar. Ramai peminatnya bertanyakan status lelaki tersebut sama ada dia teman lelaki atau sebaliknya namun Uqasha menjelaskan mereka hanya sekadar kawan.

Dipetik Uqasha berkata

Kami masih dalam peringkat berkawan. Seperti orang lain, kami juga cuba mengenali hati budi masing-masing. Saya tahu bunyinya seperti klise, tetapi itulah yang saya boleh katakan. Selagi tidak diketahui jodoh dengan sesiapa, kita juga akan sentiasa kenal orang baharu.

Hendak dikatakan hubungan ini serius, jujur saya memang tidak berani berbuat begitu. Saya juga bimbang pisang berbuah dua kali.