Selepas menjadi juara Anugerah Juara Lagu yang Ke-24 menerusi lagu “Apa Khabar” dan kini semakin menjadi-jadi kepopularannya. Ramai peminat terutamanya mereka yang bersama-sama naik bersama kumpulan Too Phat (gandingan Joe Flizzow dan Malique pada awal 20-an) sangat berharap kumpulan hip-hop ini kembali menyinar sepertimana mereka menyinar dahulu.

Namun harapan itu boleh disimpan di arkib anda semua kerana menurut Joe Flizzow, Too Phat tidak akan kembali dan tidak akan terjadi.

Kata-kata Joe Flizzow dipetik

Buat masa sekarang ini memang tiada perancangan untuk menghidupkan semula Too Phat. Kalau nak menjayakan kumpulan tersebut bukan hanya melibatkan dua orang sahaja kerana Too Phat juga mempunyai DJ, penari dan pihak pengurusan.

Kalau semua orang boleh beri komitmen maka proses itu akan jadi senang. Buat masa sekarang ini saya tiada komunikasi dengan mana-mana pihak mengenai hal itu. Saya tidak mahu bagi harapan kepada peminat. Senang cerita, Too Phat tidak akan terjadi.

Apa yang saya cuba sampaikan adalah komitmen itu perlu ada. Saya rasa kalau ada komitmen itu, mungkin Too Phat akan ditubuhkan. Kalau ikutkan hati memang nak kembali semula bersama Too Phat.

Pasti ramai yang ingin tahu apakah sebenarnya yang berlaku satu masa dahulu apabila tiba-tiba kumpulan itu menyepi ketika mereka sedang menyinar. Ada gosip mengatakan Malique telah di “buat orang” sehingga dia tidak mampu untuk menyanyi ketika itu. Gosip ini juga melibatkan beberapa orang antaranya artis wanita Indonesia dan orang yang berpengaruh di Malaysia. Wallahualam.