Agak mengejutkan kenyataan yang diberikan pelakon, Izreen Azminda baru-baru ini apabila dia lebih selesa tidak mempunyai teman lelaki dari terus makan hati gara-gara memilikinya.
Dipetik Izreen berkata
Jujurnya, pada waktu ini apa yang boleh saya katakan ialah, saya sudah tertutup untuk kenal mana-mana lelaki. Yang lepas tu lepaslah dan kalau boleh saya tak mahu fikirkan soal teman hidup kerana bagi saya ia buang masa kerana ada ketikanya, hubungan yang kita harapkan tidak menjadi kenyataan.
Izreen mengambil pelakon Nabila Huda dan suami sebagai contoh untuk dijadikan panduan dimana masing-masing boleh ‘go on’ dan bahagia walaupun telah berpisah.
Saya suka tengok pasangan Nabila Huda dan suami. Mereka ibarat saling melengkapi dan punya minat yang sama. Sebab itulah mereka boleh ‘go on’ dan bahagia. Alangkah bahagianya kalau saya juga punya teman yang sedemikian. Tapi itulah, bila tanya saya soal jodoh dan teman lelaki, saya mulai rasa takut dan tak mahu fikir lebih-lebih.