Walaupun banyak menerima kritikan negatif daripada orang ramai, Hanez Suraya tetap akan meneruskan usahanya untuk menyaman syarikat penerbangan Malaysia Airlines kerana tiket penerbangannya bercuti ke luar negara tersebar.
Melalui temuramah bersama Portal Gua, Hanez berkata
Ada pihak yang kata saya mahu terus-terusan saman. Seperti yang sudah saya jelaskan sebelum ini, pihak saya telah mengambil inisiatif untuk berbincang dengan pihak mereka selepas gambar tiket itu tersebar dan perkara itu berlangsung selama sebulan.
Malangnya, saya tidak mendapat kerjasama. Jadi saya teruskan dengan tindakan saman. Justeru itu, kepada mereka yang memberi pendapat negatif begitu, diharap dapat membaca dahulu cerita yang dipaparkan sebelum ini sepenuhnya. Jangan baca tajuk sahaja lalu melemparkan tohmahan kepada saya.
Mengenai malu, saya tidak mahu komen. Saya enggan panjangkan isu. Saya mahu berdiam diri. Pedulikan sahaja kerana selepas ini orang akan penat dan diam.
Gambar penuh akan kami paparkan selepas ini. Sila teruskan membaca.