Menyatakan melalui akaun peribadi Facebooknya, Tunku Bendahara Johor, Tunku Majid Idris Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah memuat naik status ditujukan kepada Presiden Bola Sepak Malaysia. Pada asalnya beliau telah memuat naik sepotong ayat yang berbunyi supaya Presiden FAM itu berhenti berdrama selepas membuat kenyataan mahu meletakkan jawatan sebagai Presiden Bola Sepak Malaysia namun selang beberapa jam status tersebut telah diturunkan.

Jika diteliti status terbaru yang ditujukan kepada Presiden FAM seperti menunjukkan Presiden sebagai seorang yang sering merajuk

Malas nak post pasal president FAM so delete saje yang tadi. Nanti merajuk pulak bro.

Kita tumpukan kepada DYAM TMJ untuk president FAM

Statusnya itu disokong rakan-rakan serta followersnya dan di ruangan komen sekali lagi beliau memberi komen pedas berbunyi

dah beberape kali saya nak cakap janganlah jadi bodoh sombong. Kalau kita nak bolasepak negara maju kita kena rela TMJ memajukan bolasepak Malaysia kerana kita ni tidak tinggal di bawah tempurung. Kalau semua orang macam awak sampai bila pun negara tak boleh maju.