Sejauh mana kebenaran ini?
Terlebih dahulu Niezam nak ucapkan tahniah kepada pelakon hebat Umie Aida yang khabarnya sudah bertunang.
Sejauh mana sahih berita ni, tak berani la Niezam nak kata tapi sumber yang bagi tahu kisah sensasi ini, tak pernah berdusta.
Takkan dia nak menipu pembaca Pancaindera pula. Betul tak?
Kalau tanya Umie, mesti dia susah nak buat pengakuan sebab beberapa bulan lalu pun ada orang pernah tanya benda yang sama. Dia tak mengaku juga.
Tapi mengikut cerita yang Niezam dapat ni, majlis pertunangan Umie itu sudah diadakan baru-baru ini selepas dia balik dari Mekah beberapa bulan lalu.
“Apa yang saya tahu dia memang dah bertunang. Syukurlah doa dia di Mekah nak jumpa lelaki yang boleh jadi suami yang baik untuk diri dia tercapai juga.
“Lepas balik Mekah baru-baru ni, mereka sudah melangsungkan majlis pertunangan yang diadakan secara sederhana saja,” kata sumber itu.
Kalaulah benar cerita ini, syukurlah. Kawan-kawan baik Umie ramai yang dah kahwin termasuklah Erra Fazira.
Mungkin sekarang ini masa yang sesuai untuk Umie merebut peluang berkahwin kerana dia sudah banyak kali frust menonggeng.
Kalau tak betul kisah ini Niezam minta maaf la awal-awal dan anggaplah ia sekadar usik-usik manja. Tapi rasanya tak mustahil sebab yang sampaikan berita ini pun warak orangnya.
NIEZAM: Selamat bersanding buat Nieyl (Mentor) dan Dazma pada 26 Oktober ini.