1-uqasha-tidak-tertekan-mediamalaya

Sejak membuat pengakuan untuk kembali tidak bertudung, pengikut Uqasha di laman Instagram mulai bertambah dan dia merasa sedikit “bangga” dengan perkembangan itu. Sehingga hari ini, walaupun pengikutnya semakin bertambah, kritikan pedas dan panas oleh segelintir pihak juga semakin meningkat.

Walaubagaimanapun, Uqasha menjelaskan dia tidak rasa tertekan malah tidak ambil peduli dengan cemuhan orang ramai. Dia menjelaskan bahawa dia tidak mahu menjadi seorang yang hipokrit. Dipetik Uqasha berkata

Saya tak tertekan pun dengan segala persepsi dan maklum balas yang diberikan. Memandangkan ini adalah pilihan sendiri, saya perlu berani menghadapinya.

Rutin harian saya berjalan seperti biasa tanpa sebarang gangguan. Tak telintas langsung dalam fikiran untuk berkurung di rumah. Saya tak mahu lagi bersikap hipokrit dengan semua orang.

2-uqasha-tidak-tertekan-mediamalaya

3-uqasha-tidak-tertekan-mediamalaya

4-uqasha-tidak-tertekan-mediamalaya