Saturday , July 11 2020

Video Mengamuk terhadap MPSJ Viral, Lan Pet Pet Minta Maaf

Lan-Pet-Pet-Mengamuk-MEDIAMALAYA

Beberapa hari lepas, sebuah video yang direkod oleh penguatkuasa dari Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah menjadi viral di mana Lan Pet Pet sedang mengamuk dengan tindakan penguatkuasa mengunci tayar kereta milik selebriti itu sedangkan ketika itu enjin tidak dimatikan dan isterinya berada didalam kereta di belakang kereta yang dikunci tayarnya.

(Video viral Lan Pet Pet mengamuk di bawah)

Pelbagai tanggapan dan terdapat ramai orang menyalahkan pihak MPSJ berkenaan video tersebut, namun bagi tidak memanjangkan perkara itu Lan Pet Pet telah membuat pengakuan dan mengakui ia adalah kesilapannya.

Menurut kata-kata Lan Pet Pet dipetik

 

Pihak MPSJ sudah menjalankan tugas dan kewajipan mereka. Saya sendiri jadi serba-salah apabila ramai yang menyalahkan penguatkuasa MPSJ apabila video itu menjadi ‘viral’ semalam, sedangkan saya sebenarnya yang melakukan kesalahan.

Saya tidak menyalahkan mereka mengambil tindakan mengunci tayar kereta saya. Walaupun ketika itu isteri saya sedang menunggu dalam kereta lain di belakang kereta saya, ia tetap satu kesalahan.

Semoga ini menjadi pengajaran bukan setakat pada selebriti tersebut namun kepada orang ramai agar sentiasa mematuhi undang-undang dan tidak menggunakan pengaruh untuk melakukan sesuatu perkara secara sesuka hati. Pada masa yang sama, selebriti itu agak terkilan dengan individu yang merakam dan menyebarkan video tersebut tanpa kebenaran.

Saya tak pasti siapa yang merakam video itu. Disebabkan mereka juga perkara ini kecoh dan ramai yang menyalahkan anggota penguatkuasa MPSJ. Pendek kata individu berkenaan cuba mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku.

Apa pun perkara ini sudah diselesaikan dengan cara baik dan saya pun sudah membayar kompaun. Saya hormat mereka kerana masih boleh dibawa berbincang walaupun selepas saya memarahi mereka.

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

PU Abu dikecam kerana bermain TikTok

Siapa sangka pendakwah bebas seperti Pencetus Ummah Abu (PU Abu) di kalangan manusia yang terjebak …

counter statistics