Agak mengejutkan apabila terpapar berita ini. Tiada angin mahupun ribu, pasangan Eizlan Yusof dan isterinya, Vie Santie dalam proses perceraian selepas isteri memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak, semalam.
Keputusan permohonan itu telah ditangguhkan kerana saksi-saksi plaintif tidak dapat hadir kerana berada diluar kawasan. Eizlan Yusof juga dilihat hadir tanpa mewakili peguam. Kes perbiacaraan itu telah ditetapkan pada 13 Januari 2015.
Hmm, patutlah kami tengok Instagram Eizlan amat jarang bergambar bersama isterinya lagi. Rupanya ada yang tidak kena.