Walaupun mereka telah setahun lebih berpisah, Vie Shanti tidak pernah memberi had buat Eizlan bertemu anak-anaknya.

Dipetik Eizlan berkata

Alhamdulillah Vie tidak pernah meletakkan sebarang had. Saya percaya Vie faham anak-anak juga memerlukan kasih sayang seorang bapa.

Justeru, dia tiada masalah sekiranya saya mahu bertemu atau membawa anak-anak tinggal bersama pada bila-bila masa.

Siapa yang mengikuti perkembangan saya di laman Instagram, pasti tahu saya kerap habiskan masa bersama anak-anak.

Bagi saya, walaupun sibuk dengan rutin kerja yang tidak menentu, anak-anak tetap menjadi keutamaan. Selalunya saya dan anak-anak akan berbincang ke mana kami mahu pergi.