Pada awal bulan Jun 2014, sebuah akhbar telah melaporkan satu kejadian di mana seorang penyanyi rockers terkenal di Malaysia membelasah isterinya di sebuah bank di Ampang akibat salah faham.

Namun beberapa hari selepas itu, penyanyi rockers itu atau dengan panggilan Awie telah menafikan berita tersebut dan menganggap ia adalah satu fitnah dan jika ia benar berlaku, Awie minta bukti tersebut.

Menariknya, gambar isteri Awie, Rozana Misbun dengan kesan lebam dimuka telah tersebar di internet di mana punca awal gambar itu tersebar melalui Whatsapp. Masih tidak jelas mengenai berita ini, namun para saksi yang menyaksikan kejadian itu berkata, Awie hilang pertimbangan dan memukul isterinya gara-gara RM250 ribu lesap di tangan isterinya. Wallahualam. Kita nantikan berita sebenar tidak lama lagi.