Gara-gara komen kritikan melampau kerana tidak memakai tudung di Instagram, Puteri Johor, YAM Tunku Aminah Maimunah Iskandariah telah bertindak untuk menutup akaunnya.
Dipetik Tunku Aminah berkata, beliau tidak mahu individu yang tidak dikenalinya cepat memberi penilaian tentang cara beliau berpakaian.
Menurut beliau
Saya sedar bahawa menjadi perhatian ramai bukan cara saya dan saya benar-benar gembira selepas menutup akaun Instagram awal bulan ini
Isu tidak bertudung menjadi di luar kawalan bermula apabila beliau memuat naik gambar-gambar kucingnya yang comel namun komen-komen mengkritik dan tiada berkaitan mula dilemparkan oleh peminat. Dengan sokongan daripada ibu bapa, beliau pasti dengan menutup akaun ini telah menyelesaikan satu masalah.