Setelah heboh barangan milik pelawak kumpulan SYJ, Yassin yang dilelong oleh tuan rumah kerana mahu membayar tunggakan bank apabila artis itu tidak membawar sewa rumah mencecah RM30 ribu.

BACA: Akibat tidak bayar sewa rumah, barang Yassin dilelong tuan rumah

Isteri pelawak tersebut, Farah Wahida telah tampil memberitahu media bahawa suaminya memerlukan masa untuk berhadapan dengan pihak media bagi memberi kenyataan mengenai isu itu. Selain itu, pelawak itu akan cuba menyelasaikan masalah itu dengan tuan rumah secara baik.

Farah berkata

“Ya, keadaan dia sihat cuma agak sedikit tertekan dengan perkara ini dan belum bersedia untuk bertemu dengan sesiapa.

“Tentang tunggakan itu ada sedikit salah faham antara kami dan tuan rumah dan ia sedang diselesaikan secara baik,”