Zamani-Rusna-Denda-MEDIAMALAYA

Zamani dan pembantu peribadinya, Nur Juliana Abdul Rani telah ditahan di kediamannya di Keramat dipercayai positif dadah jenis Morphine pada 21 Januari lalu.

BACA: Penyanyi popular 90-an, Zamani Slam ditahan polis positif dadah

Mahkamah Majistret hari ini telah menjatuhkan hukuman dimana kedua-duanya telah didenda sebanyak RM5,500 seorang selepas kedua-duanya mengaku bersalah di atas tuduhan memiliki dan mengambil dadah.

Jika didapati ingkar membayar denda, mereka berdua bakal dikenakan hukuman penjara selama 18 bulan.