Zamani-Slam-Lari-MEDIAMALAYA

Heboh menerusi akhbar BH Online apabila mendakwa vokalis kumpulan Slam, Zamani telah melarikan diri daripada pusat pemulihan, PENGASIH dengan menaiki sebuah kereta bersama orang yang tidak dikenali.

Menurut laporan CCTV menunjukkan artis itu dikesan menaiki sebuah kereta berwarna putih bersama dua orang pada jam 10.26 malam, semalam.

Namun begitu, menurut sumber terdekat telah menjelaskan tiada isu melarikan diri kerana tiada perintah mahkamah yang mengatakan menempatkan beliau di pusat pemulihan tersebut dan tempoh rawatan Zamani selama enam bulan di pusat itu telah tamat.

Sebagai nota, Zamani telah ditangkap kerana memiliki dadah jenis Heroin seberat 1.2 gram di rumahnya, awal tahun ini. Dia telah diperintahkan menjalani pengawasan di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun.