Ketika abang kepada Zamani, Zulfazil Ibrahim melawatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya hari ini, dia memaklumkan adiknya telah memaafkan pihak yang menyebarkan video dipaksa menyanyi ketika dalam tahanan lokap dan berharap isu itu tidak dipanjangkan lagi.
Menurut Zulfazil,
Beliau sendiri yang meminta isu ini tidak dipanjangkan dan sudah memaafkan individu terbabit. Saya dan keluarga akur dengan permintaan beliau dan tidak akan mengambil sebarang tindakan.
Ketika beliau ditahan dan penyebaran video ini berlaku, saya langsung tidak tahu sehinggalah dimaklumkan oleh kawan.
Agak terkilan dan sedih dengan penyebaran video ini, tetapi, saya bangga dengan beliau kerana dalam keadaan menghadapi kes ini, beliau tetap sudi memaafkan orang yang bertindak sedemikian.
Namun begitu, kami masih kesal dengan pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan video tersebut dan berharap tindakan yang adil dikenakan ke atas mereka. Apa pun, kisah lama cinta Zamani Slam telah menjadi viral setelah penyanyi itu ditahan oleh polis beberapa hari lepas. Katanya perubahan diri Zamani ada kaitan dengan gagal dalam bercinta dengan beberapa wanita termasuklah penyanyi no. 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza.