Zamani Slam bersama abang dan peguamnya tampil melalui sidang media menjelaskan bahawa dia perlu menjalani satu pembedahan tulang belakang yang kronik dan memerlukan kos sebanyak RM50 ribu.

Namun itu bukan tajuk utama. Yang menjadi persoalannya ialah Zamani mempertikaikan pihak bertanggungjawab yang menguruskan kewangannya sepanjang 2 tahun dalam industri ini. Menurut peguamnya, Zamani sudah 6 tahun tidak memiliki akaun wang peribadi dan segala hasil diuruskan oleh pihak pengurusannya namun sehingga kini tidak nampak bayangnya.

Mereka memohon sekiranya duit tersebut tersimpan di mana-mana akaun milik pengurusannya, ia amat diperlukan untuk pembayaran kos pembedahan tersebut.

Sementara itu, Zamani kelihatan semakin berisi dan menunjukkan perkembangan positif sejak menerima rawatan di sebuah pusat pemulihan. Kata-kata abang Zamani dipetik,

Fizikalnya semakin baik, berat bertambah hingga ke 10kg, dia pun gembira disana, walaupun sekali-sekala merengek minta keluar tapi itu hanya perkara biasa