Pelawak veteran, Zami Ismail, 67, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, kira-kira pukul 10.30 pagi Ahad akibat kegagalan jantung.
Allahyarham yang popular dengan sitkom Pi Mai Pi Pai Tang Tu pada tahun 1980-an hingga 1990-an turut berlakon hampir 20 buah filem termasuklah dua filem yang belum ditayangkan lagi iaitu Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit (arahan Mamat Khalid) dan Shh…Dia Datang (Saiful Apek).
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hanizan Ibrahim, 58, dan sembilan orang anak iaitu Mohd Hitler, 39, Ahmad Yamashita, 38, Mohd Soupi Zami, 37, Ismail Fahmi, 36, Khairul Affendi, 30, Aida Nurul Asyikin, 29, Aida Nurul Wahyu, 27, Mohd Firdaus, 24 dan Zahid Albukhman, 21.
semoga roh ny ditempat kn di kalngan orang2 yang beriman…amin…
amin
semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin..!
semoga arwah dicucuri rahmat serta ditempatkan dikalangan insan2x yang soleh.amin yarobbalalamin
Al-Fatihah…..
Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh dan sentiasa dicucuri rahmat…Amin Yarobbalalamin…..
Al-Fatihah