Pelakon kontroversi, Zarina Anjoulie telah membuat laporan polis terhadap ibu seorang pelakon terkenal pada 23 Mac lalu selepas wanita itu memburukkannya melalui laman sesawang Instagram. Zarina ketika ditemubual berkata, wanita itu menyerang dan memburukkannya adalah gara-gara masalah cemburu terhadap perniagaan.

Dipetik Zarina berkata

“Ketika mula berniaga dahulu, saya memang mengambil produk daripada wanita ini untuk dijual. Harga yang diberikan boleh dikatakan agak mahal juga.

“Selepas itu saya dapat produk serupa daripada pembekal lain dan menghentikan urusan dengannya secara baik,”

“Dia mula menyentuh peribadi saya dengan mengungkit kisah silam serta memaki hamun pelanggan yang mempertahankan saya.

“Bukan itu saja, anak lelakinya juga bertindak keterlaluan apabila menghantar mesej berbaur ugutan. Disebabkan tindakan itu melampaui batas, saya bertindak membuat laporan polis