Zarina Zainuddin telah mengesahkan bahawa dia kini sudah mulai bertudung sejak 30 September 2016. Pelakon tersebut akui pernah menjalani tempoh percubaan bertudung sepanjang bulan Ramadan yang lalu nyata akan meneruskan dan berubah demi kebaikan.

Dipetik Zarina berkata

Entahlah, tiba-tiba apabila melihat anak-anak, terasa sayu di hati. Selama ini, ketika saya menunaikan solat, sukar untuk saya melakukannya dengan khusyuk. Bagaimanapun pada Subuh Jumaat itu (30 September), sewaktu solat, hati terasa sayu dan tiba-tiba pula saya menangis ketika sujud.

Saat itu, seakan-akan ada suara yang berkata, berubahlah untuk kebaikan. Kemudian saya berdoa kepada Allah, kenapa saya tidak mendapat hidayah-Nya, apakah saya jahat atau adakah hati saya keras untuk mengikut suruhan-Nya? Sedangkan, saya sudah berasa semua kesusahan, kesenangan dan kebahagiaan yang Allah beri.

Saya berdoa kepada Allah, saya tidak mahu apa-apa lagi kerana sudah serba cukup, mempunyai keluarga sempurna, anak-anak, suami dan madu yang baik, tetapi iman pula belum kuat

Sejujurnya, saya selesa dengan perubahan ini. Selama ini, pengikut laman sosial juga sering mendoakan saya. Mereka banyak memberi sokongan. Cuma saya tidak berani untuk bercerita lebih-lebih.

Diharap saya dapat mengharungi kehidupan ini dan saya berdoa, sekiranya gagal, saya berharap Allah dapat membantu saya ke jalan yang lebih baik