Zarina Zainuddin telah kembali aktif dalam dunia lakonan sejak dua tahun lepas. Akibat daripada itu, maka timbullah gosip di mana pelakon itu sebenarnya sudah bercerai dan menjadi penyebab dia mula kembali ke dunia lakonan.
Namun begitu, menurut pelakon itu tujuan dia tidak terlalu menayang suaminya kepada umum antaranya kerana ingin menjaga hati madunya. Cukuplah sekadar orang ramai tahu bahawa dia sudah berkahwin dan sedang bahagia bersama suami tercinta.
Dipetik Zarina berkata
Memang betul saya sangat jarang nak letak gambar saya dan suami sebab banyak hati yang perlu saya jaga terutamanya madu saya. Saya dah anggap Datin Seri seperti kakak sendiri, jadi saya tak mahulah jika tersakitkan hati beliau.
Memang benar, dah 22 tahun kahwin, tak pernah saya bawa Datuk Seri ke majlis-majlis hiburan sampaikan Datuk Seri tanya ‘malu ke nak bawa saya?’. Tapi saya jawab bukan malu tapi saya sedar saya berkongsi, jadi saya kena hormat Datin Seri.
Tapi sekarang ini bila saya aktif berlakon, ada pula yang kata saya dah menjanda. Dan ada juga lelaki-lelaki yang tak tahu fasal kehidupan saya, nak cuba-cuba dengan saya seperti nak ajak keluar dan sebagainya. Sebab itulah sesekali saya akan letak gambar saya dan suami. Biar orang yang tak tahu akan tahu saya sudah bersuami, masih ada suami, masih isteri orang.
Seperti menjadi suatu kesalahan di dalam masyarakat kita ini. Tunjuk salah tak tunjuk pun salah.