Sunday , March 26 2023

Zila Seeron mohon maaf pada semua, mohon pembelaan kes nusyuz

Zila-Along-Damai-MEDIAMALAYA

Umum ketahui, bekas peserta rancangan realiti Akademi Fantasia musim ke-4 dan bekas isteri kepada pelawak & pelakon popular, Along Cham telah diceraikan secara talak satu pada 29 Ogos 2016 di hadapan Hakim Syarie.

BACA: Along Cham cerai Zila Seeron kerana malas memasak

Zila Seeron yang ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Daerah Petaling sempat memohon maaf kepada semua pihak di atas salah silap yang dilakukannya sebelum ini. Dia telah dibenarkan untuk meneliti dokumen dan memasukkan pembelaan berhubung kes berkenaan yang akan didengar semula pada 29 September depan.

Hak penjagaan anak mereka, Ahmad Danial telah diberikan kepada Along dan Zila dibenarkan melawat anaknya dua hari dalam sebulan. Semoga apa yang berlaku kepada pasangan selebriti ini menjadi pengajaran dan ikhtibar buat kita semua.

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

PU Abu dikecam kerana bermain TikTok

Siapa sangka pendakwah bebas seperti Pencetus Ummah Abu (PU Abu) di kalangan manusia yang terjebak …