Zizan-Bakal-Kahwin-MEDIAMALAYA

Belum habis putus cinta dengan bekas kekasihnya, Emma Maembong. Zizan telah memutuskan untuk menamatkan zaman bujangnya pada Jun ini.

Menurut Zizan, dia bakal berkahwin dengan gadis kelahiran kampung halamannya, Terengganu yang kini berusia 24 tahun.

Dipetik Zizan Razak berkata

Ya, saya akan berkahwin! Gadis pilihan saya berasal dari Kuala Terengganu. Beliau bekerja dan berusia 24 tahun. Namanya, biarlah rahsia dulu

Saya bukan muda lagi, usia sudah mencecah 31 tahun. Sudah masanya saya berkahwin dan memiliki anak. Saya bukan mahu melarikan diri daripada kontroversi yang timbul, tetapi berkahwin mungkin dapat mengelakkan fitnah yang bukan-bukan

Lagipun, ibu bapa saya sudah berusia, saya mahu mereka tengok saya naik pelamin dan sempat bermain dengan cucu-cucu.

Dalam temubual itu, Zizan sempat memerlikan dengan mengeluarkan ayat bakal isterinya itu tidak memerlukan solekan tebal untuk kekal cantik. Siapakah gerangan wanita itu yang pantas menambat hati pelawak ini? Kita tunggu Jun nanti.